Larian Integrasi 2012
Pada 13 jan.2012 telah berlangsung Larian Integrasi SBPI Sabak Bernam ke-10. Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya di atas kerjasama guru-guru, staf sekolah , Polis Cawangan Trafik Sabak Bernam, Ketua Kampung Sungai Apong, Klinik Parit Bharu dan lain-lain lagi. Ucapan terima kasih diberikan kepada semua yang terlibat dalam Larian Integrasi SBPI Sabak Bernam ke10. Pelajar yang mendapat tempat pertama hingga tempat keenam dalam kategori L1,P1,L2,P2 akan mewakili sekolah dalam pertandingan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sungai Haji Dorani pada 19 Januari 2012. Semoga atlet-atlet ini akan beroleh kejayaan. Berikut merupakan keputusan bagi Larian Integrasi SBPI Sabak Bernam ke10.
Selamat Kembali ke Sekolah
Selamat kembali ke sekolah, selamat bertemu kembali dan sama-sama kita usahakan untuk kejayaan bersama. Kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia, selamat bertugas semoga anda menjadi insan guru yang hebat dan di kenang oleh pelajar sepanjang hayat. Selamat bertugas. Kepada para pelajar, tinggalkan 2011 dalam kenangan dan mulakan tahun 2012 dengan azam dan semangat yang baru untuk mengharumkan SBPI SB.
Analisis Keputusan PMR 2011
Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Seramai 65 orang pelajar SBPI Sabak Bernam telah mendapat keputusan semua A dalam PMR 2011.Ini menunjukkan terdapat peningkatan yang baik dari PMR 2010. Gred Purata Sekolah (GPS) adalah sebanyak 1.0678 yang telah meletakkan SBPI Sabak Bernam pada kedudukan ke28 daripada Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia. Lonjakan peningkatan bilangan pelajar yang mendapat semua A sangat memberikan suasana positif kepada semua warga guru SBPI Sabak Bernam khususnya dan para ibubapa amnya.
Selamat Datang Tuan Pengetua
Selamat Datang diucapkan kepada pengetua ke-4 SBPI Sabak Bernam, En Abdul Malek b Haron. Beliau mengantikan Tn Hj Shaharuddin b Mydin yang telh bersara pada bulan Jun yang lalu. En Abdul Malek b Haron telah mula bertugas di SBPISB pada 22 Nov 2011. Beliau merupakan bekas pengetua SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah.
Diharapkan dengan kehadiran En Abdul Malek b Haron ke SBPISB dapat menerajui kembali kepimpinan sekolah setelah 5 bulan jawatan pengetua di pangku oleh Ustaz Ahmadi b Abas. Seluruh warga sekolah mengalu-alukan kedatangan beliau.
Perubahan PK HEM dan PK Koku
Pada 1 November 2011 Ustaz Mohamad Nordin telah dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang baru menggantikan Ustaz Amir B Berau yang telah berpindah ke SMS Banting pada 1 Oktober 2010 yang lalu. Oleh itu kekosongan jawatan Penolong Kanan Kokurikulum di isi oleh
Tn Hj Idris b Napiah berkuatkuasa 1 Oktober 2011 juga. Tahniah di ucapkan kepada PK HEM dan PK Koku yang baru. Selamat maju jaya diucapkan kepada Ustaz Amir yang telah bertugas di sekolah baru.
TAHNIAH PASUKAN SOLAR BOAT
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Solat Boat SBPISB yang telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan Solar Boat Peringkat kebangsaan (KASTEK 2011) di Sepang pada 19 hingga 22 September 2011.








