• banner sedekad web copy.png
  • guru 2011.png
  • program jalinan jepun copy.png

Selamat Menyambut Hari Guru

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Selamat menyambut Hari Guru 2012 di ucapkan kepada semua warga pendidik yang telah melahirkan umat dan bangsa yang berjasa kepada Bangsa, Agama dan Negara dan tanpa mereka siapakah kita yang dilahirkan tanpa ada keupayaan untuk membaca, menulis dan mengira. Mujur jugalah atas kesedaran ibu dan bapa serta warga pendidik yang telah mendidik kita menjadi manusia yang bolelh memanafaatkan apa yang Allah taala beri ini untuk ugama dan kesejahteraan negara

Add a comment (1)

Read more: Selamat Menyambut Hari Guru

Sambutan 1 Dekad SBPISB

Pihak sekolah akan mengadakan Sambutan 1 Dekad SBPI SB pada 6, 7 dan 8 Julai 2012. Pelbagai aktiviti menarik akan di adakan bersempena dengan sambutan tersebut. Ibu bapa, bekas pelajar, penduduk setempat di jemput untuk hadir pada tarikh tersebut.

Download Borang Tempahan Meja

Download poster

Add a comment (3)

Tarikh Peperiksaan Umum 2012

Maklumat awal mengenai semua tarikh peperiksaan 2012 yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar yang berada di kelas peperiksaan pada tahun ini.

SPM (U)   : 12 - 13/6/2012  (2 hari)

UPSR       : 11 - 13/9/2012  (3 hari)

PMR        : 9 - 11/10/2012 dan 15 - 16/10/2012  (5 hari)

STAM     : 16 -18/10/2012 dan 22 - 23/10/2012 (5 hari)

SPM        : 5/11 - 6/12/2012  (16 hari)

STPM      : 6/11 - 6/12/2012 

MUET      : 3/3/2012 (sesi Mac), 28/7/2012 (Sesi Julai) dan 10/11/2012 (Sesi November)

Untuk maklumat lanjut sila klik SINI

Add a comment (0)

Larian Integrasi 2012

Pada 13 jan.2012 telah berlangsung Larian Integrasi SBPI Sabak Bernam ke-10. Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya di atas kerjasama guru-guru, staf sekolah , Polis Cawangan Trafik Sabak Bernam, Ketua Kampung Sungai Apong, Klinik Parit Bharu dan lain-lain lagi. Ucapan terima kasih diberikan kepada semua yang terlibat dalam Larian Integrasi SBPI Sabak Bernam ke10. Pelajar yang mendapat tempat pertama hingga tempat keenam dalam kategori L1,P1,L2,P2 akan mewakili sekolah dalam pertandingan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sungai Haji Dorani pada 19 Januari 2012. Semoga atlet-atlet ini akan beroleh kejayaan. Berikut merupakan keputusan bagi Larian Integrasi SBPI Sabak Bernam ke10.

Add a comment (1)

Read more: Larian Integrasi 2012

Selamat Kembali ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah, selamat bertemu kembali dan sama-sama kita usahakan untuk kejayaan bersama. Kepada semua warga pendidik di seluruh Malaysia, selamat bertugas semoga anda menjadi insan guru yang hebat dan di kenang oleh pelajar sepanjang hayat. Selamat bertugas. Kepada para pelajar, tinggalkan 2011 dalam kenangan dan mulakan tahun 2012 dengan azam dan semangat yang baru untuk mengharumkan SBPI SB.

Add a comment (0)

Read more: Selamat Kembali ke Sekolah

Analisis Keputusan PMR 2011

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Seramai 65 orang pelajar SBPI Sabak Bernam telah mendapat keputusan semua A dalam PMR 2011.Ini menunjukkan terdapat peningkatan yang  baik dari PMR 2010. Gred Purata Sekolah (GPS) adalah sebanyak 1.0678 yang telah meletakkan SBPI Sabak Bernam pada kedudukan ke28 daripada Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia. Lonjakan peningkatan bilangan pelajar yang mendapat semua A sangat memberikan suasana positif kepada semua warga guru SBPI Sabak Bernam khususnya dan para ibubapa amnya.

Add a comment (0)

Read more: Analisis Keputusan PMR 2011

Guru Kami

GURU BERTUGAS

En Mazanizam b Ahmad

Pn Adyani bt Ahmad

Latest Events

Thu May 24 @07:30 - 01:00PM
Sambutan Hari Guru
Sat May 26 @08:00 - 05:00PM
Cuti Pertengahan Tahun

Who's Online

We have 3 guests and no members online