Kebenaran Khas Penggunaan Telefon Bimbit

Kebenaran khas penggunaan telefon bimbit ini hanya diberikan kepada pelajar untuk tujuan keselamatan sahaja dengan syarat-syarat berikut:

1. Jarak tempat tinggal pelajar ke sekolah melebihi 200 kilometer.(Kategori jenis telefon bimbit yang dibenarkan hanya yang boleh membuat panggilan dan SMS sahaja).


2. Penggunaan telefon bimbit adalah bertujuan keselamatan atau rujukan ibu bapa sahaja. Sebarang tujuan peribadi melibatkan pelajar lain adalah ditegah sama sekali.

Pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Unit Disiplin dengan mengisi Borang Kebenaran Khas yang ditandatangani oleh ibu/ bapa dan disokong oleh warden asrama. Telefon bimbit hendaklah diserahkan kepada Warden Asrama untuk simpanan.

 

Adalah diingatkan bahawa pihak sekolah tidak semestinya memberi kelulusan bergantung kewajaran penggunaan dan prestasi disiplin.

Bagi permohonan penggunaan telefon bimbit untuk tujuan menyertai program/ aktiviti rasmi sekolah, telefon bimbit hendaklah diserahkan kepada Guru Pengiring untuk simpanan awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan diserahkan di bawah kawalan guru pengiring berdasarkan syarat-syarat khas mengikut situasi yang difikirkan wajar.

Sebarang bentuk kehilangan/ kerosakan telefon bimbit yang bersifat di luar kawalan guru yang menyimpan atau ketika penggunaan pelajar sendiri adalah ditanggung oleh pelajar sendiri. Adalah dijelaskan bahawa pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab berhubung kerosakan/ kehilangan telefon bimbit pelajar.

 

Pihak sekolah berhak membatalkan kebenaran ini SERTA MERTA sekiranya berlaku perlanggaran syarat yang ditetapkan. Tindakan rampasan dan rekod disiplin akan dikenakan.