Infrastruktur dan Kemudahan Sekolah

Susun atur bangunan-bangunan di sekolah ini terbahagi kepada empat zon utama iaitu zon pentadbiran, zon akademik, zon kediaman dan zon rekreasi serta gelanggang permainan.

Zon pentadbiran mengandungi satu blok bangunan tiga tingkat dan sebuah dewan besar yang bernama Dewan Ibnu Khaldun.

Bangunan Blok Pentadbiran

Bangunan Blok Akademik

Zon akademik terdiri daripada dua blok bangunan dua tingkat yang mengandungi 36 bilik darjah, dua dewan peperiksaan (Dewan Ibnu Rusyd dan Dewan Ibnu Sina), enam unit makmal, tiga unit bengkel, sebuah kantin dan sebuah surau (Surau As-Syakirin).

Zon kediaman mengandungi dua blok asrama pelajar (lelaki dan perempuan) (Villa D' Putera/ Puteri), 16 unit kuarters untuk guru dan kakitangan sekolah, empat unit rumah untuk pentadbir sekolah, satu blok dewan makan (lelaki dan perempuan) (Cafe D' Ria) dan taman permainan.

Surau As-Syakirin

Zon rekreasi dan gelanggang permainan mengandungi sebuah padang bola sepak, sebuah pavilion (Astaka Gemilang), sebuah padang hoki, gelanggang bola jaring, sepak takraw dan bola tampar serta dua buah gelanggang bola keranjang. Kini sekolah ini juga mempunyai sebuah tapak perkhemahan yang boleh memuatkan lebih 300 peserta dalam satu masa.