


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam

Barisan Pentadbir Sekolah

.png)
.png)

Faridah binti Husin
Pengetua
Ahmad Faris bin Abu Bakar
Penolong Kanan Pentadbiran
Hj Zulkifli bin Mohd Top
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Hj Idris bin Napiah
Penolong Kanan Kokurikulum
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tahniah dan terima kasih. Sekalung penghargaan kepada Unit Teknologi Maklumat SBPI Sabak Bernam yang berjaya mewujudkan Laman Sesawang Informasi ini. Adalah diharapkan agar laman ini menjadi wadah yang tepat dan terkini untuk mengenali sekolah ini.
Alhamdulillah, saya panjatkan rasa syukur dengan kejayaan demi kejayaan yang dihasilkan oleh INTESABER. KPI untuk melazimkan segala kemudahan melalui e JARI telah dapat dilaksanakan. Kekuatan Kurikulum yang dilaksanakan berdasarkan Button System dan Subject Based Classroom (SBC) diharapkan mampu meletakkan INTESABER di tempatnya. Proses mendidik berasaskan The Leader in Me dengan kebiasaan The Seven Good Habits of A Happy Kid untuk membina anak-anak yang berpersonaliti unggul memperkasakan 20 KEMAHIRAN bagi mengisi kepimpinan negara dalam pelbagai bidang juga diharapkan dapat direalisasikan. Negara sedang menunggu hasil buahnya dari kita. Pendidikan yang diterapkan melalui kokurikulum juga diharapkan dapat menghasilkan anak-anak yang terasuh bidang teknologinya. Semoga prasarana dan persekitaran yang bersih, damai dan harmoni ini menjadi pemula ledakan semangat juang yang tinggi untuk anak-anak didik dan seluruh warga INTESABER menjadi insan seimbang sesuai hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Harapan saya, untuk melihat Laman Web ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga maya sebagai suatu wadah pendidikan pada masa ini dan pada masa akan datang. Perkongsian pintar ini sesungguhnya memberikan kebaikan dari segi informasi tentang sekolah ini, warga kerjanya dan rakaman peristiwa yang berlaku dalam sekolah ini.
Sekali lagi, ucapan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan secara langsung mahupun secara tidak langsung sehingga terbinanya laman sesawang ini. Akhir kalam, saya mengucapkan Selamat Maju Jaya buat semua.
Sekian, terima kasih.
_JPG.jpg)
INTESABER, TOGETHER WE STRIKE
Informasi tepat, bernas dan terkini.
Faridah binti Husin
Pengetua
SBP Integrasi Sabak Bernam
Semakan Kemasukan Sekolah Khusus
Semakan Kemasukan ke Sekolah Khusus Tahun 2022 mulai 15 Mac 2022
​
Tarikh rayuan secara dalam talian bermula 15 Mac hingga 29 Mac 2022
​
Semakan dan rayuan boleh dibuat melalui URL berikut:
Tingkatan 1 (SBP & SMKA) :
https://spskt1.moe.gov.my/
​
Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM :
https://spskt4.moe.gov.my/
Kenyataan Media KPM
Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah KPM bagi Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022
%20(3).png)

Kenyataan Media KPM
Pengoperasian Institusi Pendidikan Bawah KPM bagi Sesi Persekolahan Penggal 1, 2022/2023
Program Misi Kemanusiaan (Banjir) SBPI Sabak Bernam
Sumbangan boleh disalurkan kepada
​
MAYBANK
512099622768
Koperasi Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam Berhad
​
atau
​
Cikgu Azlinah (0196692729)
Cikgu Maya (0196848010)
Cikgu Yusrin (0145108747)
​

Pengumuman Terkini

