

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
Kebenaran Khas Penggunaan Telefon Bimbit
Kebenaran khas penggunaan telefon bimbit ini hanya diberikan kepada pelajar untuk tujuan keselamatan sahaja dengan syarat-syarat berikut:
1. Jarak tempat tinggal pelajar ke sekolah melebihi 200 kilometer.(Kategori jenis telefon bimbit yang dibenarkan hanya yang boleh membuat panggilan dan SMS sahaja).
2. Penggunaan telefon bimbit adalah bertujuan keselamatan atau rujukan ibu bapa sahaja. Sebarang tujuan peribadi melibatkan pelajar lain adalah ditegah sama sekali.
Pelajar hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Unit Disiplin dengan mengisi Borang Kebenaran Khas yang ditandatangani oleh ibu/ bapa dan disokong oleh warden asrama. Telefon bimbit hendaklah diserahkan kepada Warden Asrama untuk simpanan.
Adalah diingatkan bahawa pihak sekolah tidak semestinya memberi kelulusan bergantung kewajaran penggunaan dan prestasi disiplin.
Bagi permohonan penggunaan telefon bimbit untuk tujuan menyertai program/ aktiviti rasmi sekolah, telefon bimbit hendaklah diserahkan kepada Guru Pengiring untuk simpanan awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan dan diserahkan di bawah kawalan guru pengiring berdasarkan syarat-syarat khas mengikut situasi yang difikirkan wajar.
Sebarang bentuk kehilangan/ kerosakan telefon bimbit yang bersifat di luar kawalan guru yang menyimpan atau ketika penggunaan pelajar sendiri adalah ditanggung oleh pelajar sendiri. Adalah dijelaskan bahawa pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab berhubung kerosakan/ kehilangan telefon bimbit pelajar.
Pihak sekolah berhak membatalkan kebenaran ini SERTA MERTA sekiranya berlaku perlanggaran syarat yang ditetapkan. Tindakan rampasan dan rekod disiplin akan dikenakan.
KEBENARAN KHAS PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT

Perkara di atas adalah dirujuk.
1. Dalam menjayakan proses pembangunan disiplin, keadilan dan keselamatan pelajar, adalah dijelaskan bahawa telefon bimbit merupakan barang larangan dan pelajar ditegah untuk membawa alatan ini ke sekolah berdasarkan;
1.1 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, Ordinan Pelajaran 1957
1.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2006 KP (BS-DSR) 8787/008/2/Jld. 1 (4 )
1.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/2009 KP (BS-DSR) 201/002/1/Jld. 1 (2 )
1.3 Kod Senarai Barang Larangan Sekolah/Asrama : Undang-Undang dan Peraturan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
2. Walau bagaimanapun, ;
2.3
2.4
2.5
KAD PELAWAT PELAJAR

Perkara di atas adalah dirujuk.
-
Bagi memenuhi sebahagian program pelaksanaan SEKOLAH SELAMAT, setiap warga pelajar SBPI Sabak Bernam diwajibkan memiliki KAD PELAWAT PELAJAR ( lihat contoh ) berkuatkuasa 02 Januari 2021 dan diserahkan kepada ibu bapa/penjaga sah.
-
Ibu bapa / penjaga sah pelajar dikehendaki menunjukkan kad pelawat ini kepada pihak kawalan keselamatan sebelum masuk berurusan dengan anak / jagaan masing-masing. Pihak kawalan keselamatan berhak merekod pergerakan keluar masuk pelawat bagi tujuan keselamatan.
-
Adalah diingatkan hanya keluarga pelajar sahaja yang berhak memiliki kad ini. Permohonan kad tambahan kedua ekoran daripada masalah-masalah tertentu perlu disertakan surat permohonan sebagai bukti.
-
Kad ini boleh didapati melalui Unit Pengurusan Disiplin Pelajar dengan harga RM 3.00 sekeping ( termasuk kos laminasi ) .