



Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam
KHUSUS PERSONALITI ISLAMIK
PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN

Bagi meneruskan agenda pembentukan jati diri dalam kalangan pelajar SBP Integrasi Sabak Bernam, etika pemakaian dan penampilan diri bagi pelajar perempuan akan dikuatkuasakan dengan lebih tegas sebagaimana termaktub di dalam buku peraturan dan undang-undang sekolah.Pemantauan telah dijalankan dan sehubungan itu, didapati perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian serius:
PELAJAR LELAKI:
-
Pemakaian Seluar Rasmi Sekolah:
-
Kaki seluar tidak diubahsuai menjadi ketat
-
Larangan keras seluar “cikang”,sendat dan ketat.
-
Ukuran lilitan lebar kaki seluar adalah antara 15 – 20 inci
-
-
Pemakaian Pakaian Sukan Semasa Mewakili Sekolah:
-
Larangan keras memakai seluar jenis tight dan Slim Fit
-
Seluar “short”hanya dibenarkan di atas padang semasa perlawanan sahaja.
-
PELAJAR PEREMPUAN:
-
Pemakaian Tudung Rasmi Sekolah:
-
Mestilah berbentuk mini telekung yang berwarna putih, tanpa kerongsang dan labuhnya melebihi paras dada. Material kain tudung adalah bukan jenis cotton, sisi tudung tidak bersulam / berenda dan labuh sisi tudung setara dengan siku.
-
Larangan keras memakai tudung jenis pendek dan kecil.
-
-
Pemakaian Tudung Semasa Mewakili Sekolah:
-
Berbentuk mini telekung ATAU jenis “Bawal” bidang 50 sahaja
-
berwarna hitam.
-
Tidak nipis dan jarang.
-
-
Pemakaian Handsock Sesi Persekolahan:
-
Semua pelajar perempuan diwajibkan. Warna yang dibenarkan hanyalah putih/hitam/krim.
-
Peraturan ini berkuatkuasa sama ada dalam kawasan sekolah, asrama dan aktiviti rasmi di luar sekolah termasuk outing. Pelajar diberikan masa untuk membuat perubahan / pembetulan sehingga tarikh kuatkuasa pada 29 April 2019. Selepas tempoh yang ditetapkan, pemeriksaan dan tindakan akan dikenakan sewajarnya.
ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR

*WAKTU SEKOLAH:
1. Bagi pelajar perempuan, pemakaian yang ditetapkan adalah seperti berikut :
-
Memakai uniform sekolah yang lengkap.
-
Memakai kasut PVC yang dibenarkan iaitu ketinggiannya tidak melebihi 1.0 inci dan tidak runcing. Hiasan berlebihan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
-
Memakai tudung sekolah yang mempunyai lencana dan tanda nama masing-masing. Namun, bagi pelajar yang berjawatan, dikehendaki untuk memakai tanda nama yang rasmi bagi setiap organisasi.
-
Memakai stokin berwarna hitam yang panjangnya sejengkal atas buku lali. Kelonggaran diberikan kepada pelajar yang mempunyai matapelajaran PJK.
-
Memakai anak tudung yang dibenarkan iaitu berwarna hitam dan bersifat memenuhi keseluruhan kepala.
-
Memakai pakaian dalaman pada setiap hari.
2. Bagi pelajar lelaki, pemakaian yang ditetapkan adalah seperti berikut :
-
Memakai uniform sekolah yang lengkap.
-
Memakai kasut PVC.
-
Memakai stokin hitam yang panjangnya mencecah buku lali.
-
Memakai tali leher yang mencecah tali pinggang. Klip tali leher juga wajib dipakai.
-
Memakai baju dalam yang tidak bercorak dan warna yang dibenarkan hanya warna hitam, biru tua, putih dan kelabu sahaja pada setiap hari.
​​
*WAKTU PREP:
1. Bagi prep pagi, pelajar lelaki dikehendaki memakai baju berkolar, seluar slack dan sandal bertali. Baju hendaklah ‘tuck-in’.
2. Bagi pelajar perempuan, dikehendaki memakai baju kurung dan sandal pada waktu prep pagi,petang dan malam. Sandal yang dibenarkan hanya sandal yang bertali atau bersarung sahaja.
-
Balik Bermalam:
-BAJU KORPORAT /BAJU RASMI SEKOLAH sahaja yang dibenarkan.
-
Outing:
-
BAJU KORPORAT /BAJU RASMI SEKOLAH sahaja yang dibenarkan.
Peraturan ini berkuatkuasa sama ada di kawasan sekolah, asrama dan aktiviti rasmi di luar sekolah termasuk outing. Pemeriksaan berkala akan dilakukan dan tindakan akan dikenakan sewajarnya kepada mana-mana pelajar yang melanggar peraturan seperti dinyatakan di atas.